Monday, October 20, 2014

SHAKLEE SUSTAINED RELEASE VITA-C PLUS



Banyak kajian telah dilakukan dan hasilnya menunjukkan bahawa tubuh kita memerlukan 500mg vitamin C setiap hari untuk untuk mencapai tahap kesihatan yang baik dan sempurna. Kita memerlukan vitamin C setiap hari kerana sel-sel tubuh manusia tidak mempunyai enzim guluno-lacton-oxidase yang diperlukan untuk menukar glukos kepada ikatan kimia 2-keto L-Guluno-lactone untuk hasilkan vitamin C. Kita memerlukan vitamin C daripada makanan ataupun suplemen kerana vitamin C mudah rosak dan terlarut di dalam badan. Vitamin C Shaklee merupakan antara vitamin C yang terbaik dan termurah di pasaran. Ia terhasil daripada ekstrak kanji jagung secara semulajadi. 

Tubuh badan kita juga tidak menyimpan vitamin C kerana ia bersifat mudah larut. Ia hanya mampu bertahan di dalam badan kira-kira 12 jam untuk melakukan tugasannya. Badan kita memerlukan Vitamin C untuk tumbesaran dan pembaikan tisu, penghasilan kolagen untuk pembentukan kulit, tendon, ligamen dan salur darah, merawat luka dan membaiki tulang, rawan dan gusi, mencegah jangkitan dan selelsama serta sebagai anti oksida yang kuat yang boleh melawan radikal bebas serta antipenuaan. 

Apa pula kebaikan Sustained Release Vita-C Shaklee ini jika di bandingan dengan Vitamin C keluaran lain?

Kebaikan Sustained Release Vitamin C Shaklee
  1. Berkesan mencerahkan kulit wajah dan badan secara sekata, licin, gebu, berseri
  2. Mengekalkan kelembapan kulit, menghilangkan bintik2 hitam, memudarkan jeragat dan lingkaran gelap di bawah mata
  3. Diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu, fungsi kelenjar adrenal, dan juga mendapatkan gusi yang sihat dan gigi.
  4. Melindungi sel tubuh daripada kesan-kesan pencemaran
  5. Melindungi daripada jangkitan dan selesema, serta meningkatkan imuniti.
  6. Membantu untuk mengurangkan tahap kolesterol, tekanan darah tinggi, dan mencegah aterosklerosis.
  7. Melindungi daripada pembekuan darah, lebam, menggalakkan penyembuhan luka, dan pengeluaran hormon antistress.
  8. Penting untuk penyuburan sel darah putih dan juga bertindak sebagai antihistamin semulajadi yang amat berguna untuk mengurangkan hidung bengkak semasa selesema, dan mengurangkan gejala-gejala lain alergi.
  9. Memainkan peranan penting dalam pengeluaran kolagen, yang membantu mencegah penuaan pra-matang.
  10. Membunuh bakteria patogenik, yang bertindak sebagai antibiotik yang tidak berbahaya.
  11. Melindungi sel-sel otak dan saraf tunjang, yang sering dirosakkan oleh radikal bebas.
  12. Membantu tubuh menyerap zat besi yang lebih –> berguna dalam rawatan anemia. Ia memainkan peranan penting dalam penghasilan hemoglobin dan sel darah merah.
  13. Merawat jangkitan saluran kencing.
  14. Diperlukan untuk metabolisme asid folik dan vitamin lain.

Dari Website Shaklee

"Sumber Vitamin C Semulajadi yang Disalurkan Jam demi Jam

Tubuh kita sering kehilangan vitamin C semasa melakukan aktiviti harian. Vita C dengan pelepasan berperingkat dapat membantu dalam menyalurkan vitamin C berterusan. Vita-C 500mg yang semulajadi ini membantu menyediakan vitamin C yang diperlukan tubuh. Ia juga membantu dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan tubuh badan."


Vitamin C Shaklee ini kekal di dalam badan selama 5 jam dan dilepaskan perlahan-lahan seperti memakan 1 1/2 biji oren dalam satu jam. Ia mempunyai formula khas yg membolehkan bekalan vitamin C di lepaskan ke dalam badan secara sedikit dei sedikit. Selain itu, Vitamin C Shaklee juga mengandungi 120mg BioFlavonoid yang mana berfungsi untuk meningkatkan lagi fungsi Vitamin C, mencegah pengoksidaan Vitamin C dalam badan, mengurangkan kesakitan otot serta mengawal paras kolesterol yang sihat.


Hubungi Saya untuk Konsultasi PERCUMA untuk mana-mana Vitamin Shaklee;

Puan Yenny 
Email : yenny_jh@yahoo.com 
PM Personal FB: http://bit.ly/PM-Yenny 
PM FB PAGE : http://bit.ly/PM_Us 
Fast Reply: 012 922 2415 (WhatsApp / Telegram)



1 comments:

NIfz super said...

Memang banyak khasiat Vitamin C kalau kita betul2 amalkan.

http://supernifzvitamin.com/wordless-wednesday-kucing/

About Us

Saya Norhayani Jalaweh atau lebih dikenali sebagai Yenny Abu Bakar, merupakan Shaklee Independent Distributor yang mempunyai KEPAKARAN dan boleh membantu anda dengan memberikan konsultasi TERBAIK untuk Set Breastfeeding, Set Kehamilan, Set Berpantang, Set Slimming dan Set Kesihatan Kanak-kanak.

Selain daripada itu, saya juga akan berkongsi mengenai PENYUSUAN SUSU IBU, RESEPI-RESEPI serta TIPS KESIHATAN lain untuk rujukan bersama.


Name : Norhayani "YENNY" Jalaweh
Shaklee ID 868303
Call/SMS/WhatsApp 012 922 2415
email : yenny_jh@yahoo.com
COD : Seremban, Senawang, Seremban Jaya, Paroi, Ampangan & Seremban 2
Shipping via POSLAJU/GDEX to all over Malaysia
Copyright © 2014 HEALTHY AND GREENER LIFE STYLE